02 Oktober 2017

ENGAGEMENT SESSION WITH ACCOUNTING STUDENTS- SHARING INSIGHTS & EXPERIENCES

Date : 5/10/2017
           Time : 2000-2230

By :
Shamsul Bahar b Ahamad Zainal Badri
Chief Finance Officer
Upstream
PETRONAS


01 Oktober 2017

Bagaimana untuk membaca

Membaca adalah amat penting untuk pelajar. Perkara yang begitu penting ini tidak diberi perhatian yang serius oleh sesetengah pelajar. Melalui pengalaman saya mengajar di UiTM Pahang, kebanyakkan pelajar kurang membaca dan mereka hanya membaca jika diminta dan pembacaan mereka tidaklah meluas. Bagi pelajar, membaca adalah amat membebankan, mengambil masa, tak tahu apa perlu dibaca dan menjadi tonik untuk tidur.

Penulisan minggu ini ingin memfokuskan teknik membaca yang betul supaya tujuan, cara, proses dan kelajuan dapat dipertingkatkan, selain apa yang dibaca dapat dikekalkan untuk jangka masa yang lebih lama.

Sebelum membaca, persediaan minda adalah amat penting. Pelajar perlu tahu apa yang ingin dibaca, skop pembacaan dan sebaiknya mulakan dengan membelek mukasurat yang ingin dibaca. Pada kebiasaannya seseorang itu membaca kerana yang berikut.

1.              Mendapat maklumat
2.              Belajar
3.              Menilai maklumat yang dibaca
4.              Ulangkaji pelajaran
5.              Hiburan

Bagi pelajar, sebelum membaca, mereka perlu memilih tajuk ataupun sub tajuk untuk dibaca. Lakukan belekan dan baca sepintas lalu. Berhenti sebentar untuk berfikir mengenai makna tajuk, apa yang bakal dibaca, apa yang bakal dipelajari dan apa yang bakal difahami setelah selesai membaca. Teknik ini dapat mengurangkan hilang tujuan dan arah ketika membuat pembacaan.

Secara umumnya, terdapat 3 cara membaca.

  1. Bacaan pantas
  2. Bacaan kritikal
  3. Bacaan hiburan

Bacaan pantas biasanya ketika membaca untuk mencari maklumat, membaca berita atau pun membaca untuk hiburan. Pembacaan ini tidak memerlukan pemikiran yang kritikal dan biasanya pembaca adalah bersifat rutin.

Jika bacaan pantas dan hiburan bersifat rutin, bacaan kritikal pula lebih bersifat mencari maklumat specifik seperti ulangkaji bahan akademik. Penelitian perlu dilakukan untuk memastikan maklumat yang dibaca itu adalah tepat dan mencapai objektif pembacaan.

Bacaan secara terperincian ini perlulah menjawap persoalan “4 wifes dan 1 husband”, iaitu: -
1.              Who (Siapa)
2.              When (Bila)
3.              Where (Di mana)
4.              Why (Mengapa)
5.              How (Bagaimana)

Dengan mengambil kira 5 faktor di atas, pembaca akan menjadi lebih memahami pembacaan dengan lebih menyeluruh.

Seringkali pelajar juga mengadu, mereka tiada masa untuk membaca. Bagi mereka, membaca mengambil masa apatah lagi jika mereka perlu meneliti pembacaan mereka. Untuk meningkatkan kelajuan membaca pelajar perlu memberi lebih tumpuan kepada pembacaan dan menghindarkan gangguan luar seperti permainan telefon bimbit, bising di rumah dan perut yang lapar. Selain daripada itu pastikan tersedia kamus fizikal dan juga kamus digital untuk membantu memahami istilah supaya pembaca tidak membuang masa memikirkan istilah sehingga mengganggu fokus pembacaan.

Yang terakhirnya. Pelajar mengadu, apa yang dibaca tidak melekat dan mudah untuk lupa. Ia terjadi kerana pelajar tidak mengulangkaji pembacaan tersebut dalam format yang lebih mudah dan menjimatkan masa, seperti peta minta atau nota-nota pendek.

Akhir kata, untuk membaca secara efektif, pelajar perlu meningkatkan lagi kesungguhan mereka dan terus berusaha untuk menajamkan skill membaca menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Pelajar juga perlu berdoa (doa disertakan dalam blog ini) untuk mendapat lebih tumpuan dan hanya kepadanya (Allah) kita bertawakal.

Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
1 Oktober 2017
UiTM Pahang, MALAYSIA.