Membaca adalah amat penting untuk pelajar. Perkara yang begitu
penting ini tidak diberi perhatian yang serius oleh sesetengah pelajar. Melalui
pengalaman saya mengajar di UiTM Pahang, kebanyakkan pelajar kurang membaca dan
mereka hanya membaca jika diminta dan pembacaan mereka tidaklah meluas. Bagi
pelajar, membaca adalah amat membebankan, mengambil masa, tak tahu apa perlu
dibaca dan menjadi tonik untuk tidur.
Penulisan minggu ini ingin memfokuskan teknik membaca yang betul
supaya tujuan, cara, proses dan kelajuan dapat dipertingkatkan, selain apa yang
dibaca dapat dikekalkan untuk jangka masa yang lebih lama.
Sebelum membaca, persediaan minda adalah amat penting. Pelajar perlu
tahu apa yang ingin dibaca, skop pembacaan dan sebaiknya mulakan dengan
membelek mukasurat yang ingin dibaca. Pada kebiasaannya seseorang itu membaca
kerana yang berikut.
1.
Mendapat maklumat
2.
Belajar
3.
Menilai maklumat yang dibaca
4.
Ulangkaji pelajaran
5.
Hiburan
Bagi pelajar, sebelum membaca, mereka perlu memilih tajuk ataupun
sub tajuk untuk dibaca. Lakukan belekan dan baca sepintas lalu. Berhenti
sebentar untuk berfikir mengenai makna tajuk, apa yang bakal dibaca, apa yang
bakal dipelajari dan apa yang bakal difahami setelah selesai membaca. Teknik
ini dapat mengurangkan hilang tujuan dan arah ketika membuat pembacaan.
Secara umumnya, terdapat 3 cara membaca.
- Bacaan pantas
- Bacaan kritikal
- Bacaan hiburan
Bacaan pantas biasanya ketika membaca untuk mencari maklumat,
membaca berita atau pun membaca untuk hiburan. Pembacaan ini tidak memerlukan
pemikiran yang kritikal dan biasanya pembaca adalah bersifat rutin.
Jika bacaan pantas dan hiburan bersifat rutin, bacaan kritikal pula
lebih bersifat mencari maklumat specifik seperti ulangkaji bahan akademik.
Penelitian perlu dilakukan untuk memastikan maklumat yang dibaca itu adalah
tepat dan mencapai objektif pembacaan.
Bacaan secara terperincian ini perlulah menjawap persoalan “4 wifes
dan 1 husband”, iaitu: -
1.
Who (Siapa)
2.
When (Bila)
3.
Where (Di mana)
4.
Why (Mengapa)
5.
How (Bagaimana)
Dengan mengambil kira 5 faktor di atas, pembaca akan menjadi lebih
memahami pembacaan dengan lebih menyeluruh.
Seringkali pelajar juga mengadu, mereka tiada masa untuk membaca.
Bagi mereka, membaca mengambil masa apatah lagi jika mereka perlu meneliti
pembacaan mereka. Untuk meningkatkan kelajuan membaca pelajar perlu memberi
lebih tumpuan kepada pembacaan dan menghindarkan gangguan luar seperti
permainan telefon bimbit, bising di rumah dan perut yang lapar. Selain daripada
itu pastikan tersedia kamus fizikal dan juga kamus digital untuk membantu
memahami istilah supaya pembaca tidak membuang masa memikirkan istilah sehingga
mengganggu fokus pembacaan.
Yang terakhirnya. Pelajar mengadu, apa yang dibaca tidak melekat dan
mudah untuk lupa. Ia terjadi kerana pelajar tidak mengulangkaji pembacaan
tersebut dalam format yang lebih mudah dan menjimatkan masa, seperti peta minta
atau nota-nota pendek.
Akhir kata, untuk membaca secara efektif, pelajar perlu meningkatkan
lagi kesungguhan mereka dan terus berusaha untuk menajamkan skill membaca
menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Pelajar juga perlu berdoa (doa
disertakan dalam blog ini) untuk mendapat lebih tumpuan dan hanya kepadanya
(Allah) kita bertawakal.
Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
1 Oktober 2017
UiTM Pahang, MALAYSIA.
UiTM Pahang, MALAYSIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan