25 Julai 2018

Semester ini SIAP, Selamat datang Semester Interim

Semua sudah selesai, marking, upload markah dan mesyuarat. Bulan yang amat meletihkan dan masyarakat hanya tahu tugas pensyarah hanyalah mengajar. Ehh bro dan sis kalau nak cerita, nanti ramai yang lari dari cita-cita ni seperti nampak harimau di dalam hutan. Tapi bukan itu tujuan posting ini jangan risau.

Selamat datang pelajar2 interimku. ada 244 kesemuanya, bukan 1476 orang. Kenapa? Awal2 dulu kami mmg mengajar kesemua pelajar. YES! kesemua. Tapi lama kelamaan kami faham cara dan kaedah untuk membahagi-membahagi tugas dan kami juga mula jadi "expert" untuk content-content yang lain.


InsyaAllah, semester depan, saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan memperkasa kekuatan yang ada (contoh ayat plagiat posting sebelum ni hehehe).


Dr. MANA
521am
25/7/2018

To listen or to response

Ada yang mendengar untuk memahami, ada yang mendengar untuk menjawab, apa pun kategori anda, perbezaan perlu diraikan bukan dimusuhi, idea diperdebatkan bukan dihalangi dan yang paling penting setiap tindakan perlu adil bukan kerana dendam sbb kalah atau juga sebab baru menang.... Paham2 la. Mengambil cerita Ustaz Ismail Kamus, beruk kalau ribut, dia pegang pokok, sampai mati tak lepas, tapi kalau angin tenang sepoi-sepoi bahasa, tertido beruk, jatuh beruk.

Tajuk Mat Salleh, Isi melayu samalah....

Dr. MANA
5.02am
25/7/2018

26 Januari 2018

Semua selesai

Alhamdullilah,

Semua sudah selesai, marking, upload markah dan lain-lain. InsyaAllah, semester depan, saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan memperkasa kekuatan yang ada. Next, tumpukan kepada memanah untuk pastikan UiTM berjaya diSUKIPT 2018 bertempat di UKM.

Dr. MANA
26/1/2018