04 Ogos 2021

DOA HARI RABU


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ, غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

DOA HARI RABU

أَعُوذُ بِاللّٰـهِ مُنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، بِسْمِ اللّٰـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيــنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالُمْرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيـن

Ya Allah Ya Qahhar.....kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari Rabu ini untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dgn rahmatMu.

Ya Jabbar Ya Muntaqim....jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah dia, permudahkanlah urusannya. Jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepadanya. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat akan sesuatu maka tunaikanlah hajatnya dan cukupkanlah keperluannya.  Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka sembuhkanlah dia, Ya Allah, agar dapat ia lbh tekun beribadah kpdMu. Jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka ampunilah dia n tukarkanlah ia menjadi anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Ya Allah Ya Rahman....cucurilah rahmatMu kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

Ya Allah.......hilangkan keseronokkan kami kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhkanlah kami dari apa jua musibah. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah Ya Muqallibal Qulub.....janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati kami dlm iman n sudahi hidup kami hanya dlm agama islam Ya Allah.

Ya Rabb Ya Ghaffur  ampunkanlah dosa kami Ya Allah, dosa kedua ibubapa kami, anak2 n pasangan kami, saudara n kaum kerabat kami, guru2 b ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat.

ربناظلمناانفسناوان لم تغفرلناوترحمنالنكونن من الخسرين. ربنالاتزغقلوبنابعداذهديتناوهب لنامن لدنك رحمه انك انت الوهاب. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الٰأْخِرَةِ حسنة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللّٰـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلّٰـهِ رَبِّ العلمين.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan