18 November 2017

Tips mengelak ditipu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Sedikit perkongsian pagi ni.

Apa sahaja link, berkaitan dengan apa sahaja LHDN, saman polis, JPJ, bank dan apa sahajalah, jangan kita click.

Si penipu ada pelbagai cara untuk curi maklumat peribadi kita sehingga mereka boleh berjaya masuk ke akaun bank kita dan seterusnya mengkering kontangkan akaun kita.

Sedikit tips
1.) hadkan “transfer money” kita pada kadar paling minima.
2.) jadikan amalan tukar “Password” sekerapnya
3.) jadikan amalan semak akaun bank sekerapnya
4.) sentiasa berhati-hati bila mendapat panggilan dari bank sbb bank hanya akan call bila kita tak bayar, bukan ketika ada banyak duit dalam bank (kecuali tawaran insurance, loan dll)
5.) jika mendapat panggilan dari bank atas sbb2 tertentu, buat step ni
a. Minta kebenaran pegawai itu utk letak
b. Minta no tel
c. Selepas letak semak no tersebut
d. Buat panggilan semula
6.) guna applikasi “truecaller”

Sekian perkongsian hari ni.
Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
18/11/2017
0728am