group 1 - Paku Payung
1. Anwar
2. Sherizam
3. Nazeri
4. Amre
5. Atiqah
6. Hamizan
7. Hafiz
Pilihan Tugasan: Option 3 (Video)
Tajuk :DUIT MINYAK DAN DUIT KOPI: IKHLAS ATAU RASUAH?
Hasil Perbincangan:
Kumpulan kami bersetuju memilih tajuk berkaitan pemberian duit minyak dan duit kopi oleh kontraktor selepas kerja disiapkan. Video ini akan mengetengahkan isu integriti, pemberian hadiah dan unsur rasuah dalam urusan pekerjaan.
Storyboard dan skrip akan dibincangkan serta disediakan untuk Seminar 3.
group 2 - Kompas Lurus
1. Fattah
2. Ammar
3. Zaidi
4. Hakim
5. Zulhakimi
6. Jabbar
7. Iqbal
Kajian Kes 1
Tajuk: Skandal Rasuah Tuna Bonds: Penglibatan Bekas Menteri Kewangan Manuel Chang dalam Krisis Hutang Negara Mozambique.
Kumpulan kami bersetuju memilih tajuk berkaitan skandal rasuah Tuna Bonds di Mozambique yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Manuel Chang. Kes ini melibatkan rasuah dalam urusan pinjaman kerajaan melalui projek maritim, iaitu pembayaran rasuah dan komisen kepada pegawai kerajaan sebagai balasan mendapatkan kelulusan jaminan pinjaman bernilai berbilion dolar Amerika. Skandal ini turut melibatkan penyelewengan dana, penyalahgunaan kuasa dan urus niaga kewangan secara tidak telus sehingga menyebabkan krisis hutang negara Mozambique.
Perbincangan kumpulan akan memberi tumpuan kepada perkara berikut:
1. Apa yang berlaku
2. Individu yang terlibat
3. Modus operandi
4. Tindakan pihak berkuasa
5. Kesan terhadap negara Mozambique
6. Pengajaran untuk negara Malaysia
7. Kesimpulan
group 3 Pantang Mundur
1. Sofri
2. Frankie
3. Hisham
4. Azraf
5. Hakim
6. Alif
7. Fairus
Kajian Kes 2
Tajuk: SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH (JANS) / “SABAH WATERGATE” (2016–2026)
Kumpulan kami bersetuju memilih tajuk berkaitan skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dikenali sebagai “Sabah Watergate”, iaitu antara kes rasuah dan pengubahan wang haram berprofil tinggi yang pernah berlaku di Sabah pada tahun 2016.
Kajian kes ini akan mengetengahkan isu integriti, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana projek kerajaan, pengubahan wang haram serta kesan rasuah terhadap organisasi dan masyarakat.
Perbincangan kumpulan akan memberi tumpuan kepada perkara berikut:
1. Latar belakang kes – Kronologi kejadian dan bagaimana skandal JANS terbongkar pada tahun 2016.
2. Individu yang terlibat – Pegawai kanan jabatan dan pihak berkaitan yang didakwa dalam kes tersebut.
3. Modus operandi – Bagaimana penyelewengan dan pengumpulan wang yang disyaki hasil kegiatan haram berlaku.
4. Tindakan SPRM – Siasatan, tangkapan, rampasan wang tunai dan tindakan undang-undang.
5. Kesudahan kes – Perkembangan perbicaraan dan keputusan mahkamah sehingga tahun 2026.
6. Pengajaran dan nilai integriti – Kepentingan amanah, ketelusan dan tanggungjawab dalam pengurusan kewangan serta projek kerajaan.
Objektif Kajian
Kumpulan kami berharap kajian kes ini dapat memberikan kesedaran tentang kepentingan integriti dalam sektor awam serta membuktikan bahawa penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan yang tidak telus boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.