12 September 2021

Doa hari Ahad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد الله رب العلمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمداشرف المرسلين و على اله وصحبه اجمعين

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, pada hari ahad ini kami memohon agar Engkau peliharakan dan selamatkan agama kami, keimanan kami, diri kami, anak pinak kami, kaum keluarga kami, harta benda kami dan apa saja yg telah Engkau kurniakan kpd kami.

Ya Allah Ya Jabbar, cantikkanlah kami dgn kesihatan, teguhkanlah kami dgn taqwa dan ketenangan, lindungilah kami dari segala asbab penyesalan samada sekarang mahupun akan datang, sesungguhnya Engkau mendengar segala permintaan kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah rezeki yg halal buat kami dan saudara2 muslim kami. Jauhkan kami dari perbuatan maksiat dan fitnah pd hari ini dan hari2 yg seterusnya. Semoga apa yg kami kerjakan sentiasa mendapat redhaMu.

Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri serta saudara n kaum kerabat kami, guru2 n ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alaamiin..

Mari Berzikir
(Bersihkan Hati)
Ya Hayyu Ya Qayyum

11 September 2021

Doa hari Sabtu

بسم لله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على محمداشرف المرسلين و على اله وصحبه اجمعين

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari sabtu yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami menerima segala ilmu dgn kefahaman, curahkanlah hidayahMu untuk kami jadikan sebaik-baik penghayatan bersama keluarga kami pada hari ini. Perindahkanlah hari ini dgn berita yang membahgiakan dan menceriakan kami Ya Allah..agar kami dapat menghayati rahmatMu dengan sebaik-baiknya.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim..

Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, perkara yang bathil agar kami jauhi; corakkan akhlak kami dgn sifat-sifat MAHMUDAH dan lindungilah kami dari sifat-sifat MAZMUMAH, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Ghaffar... kami memohon keampunan dari segala dosa n kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 dan pasangan kami, kaum keluarga kami, ustaz n guru2 kami dan seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabat nya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin...
Aamiin, aamiin, aamiin.

Mari Berzikir
(Kuatkan Iman)
La ila Ha illallah

10 September 2021

Doa Hari Jumaat

 ُِ. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat  yg mulia ini, berilah pertolongan kpd kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.
ُ
Ya Allah, Kami memohon keampunanMu dpd semua kejahatan yang telah kami lakukan. Tiada yg dapat mengampuni dosa dosa kami kecuali Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun n Maha Penyayang. Sekiranya masih lagi ada dosa di akhir hayat kami ya Allah, hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah dan ringan keatas setiap kejahatan kami.

 Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Terutama di hari jumaat ini beri lah kami kekuatan n keazaman utk menambah baik amalan2 bacaan alQuran kami, zikir2 kami, sedekah2 kami serta pengeratan tali silatul rahim di antara kami. 

Sekali lagi Ya Allah Ya Ghaffur ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum kerabat kami, ustaz2 n guru2 kami, sahabat2 kami n sekelian mukminin mukminat muslimin muslimat samada yg masih hidup atau telah mendahului kami mendapat RahmatMu Ya Allah.

Mafhum ayat 28 surah alkahfi:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
MUTIARA HATI✨✨✨

Kalau mencari AKHIRAT, didunia lagi akan DAPAT TAPI kalau mencari DUNIA, PASTI Akhirat tak akan dapat.

{ رَبَّنَا zolamna أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْن َ}
{ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ }
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Mari Berzikir
(Kuatkan Iman )

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH

Aku Belajar Diam dari Banyaknya Bicara.  Aku  Belajar Sabar dari Sebuah Kemarahan. Aku Belajar Mengalah dari sesuatu Keegoan. Aku Belajar Menangis dari Kebahagian. Aku Belajar Tabah dari sebuah Kehilangan kerana Aku yakin semua itu adalah  ketentuan yYang Maha Esa. 
Ingatlah SENYUMAN itu satu sedekah . 

ASSALAM.....