21 April 2025

EFRESHER SERIES WITH COLLBORATIVE GROUP (CG): CG A.D.A.B

KETERHUTANGAN KEWANGAN WANG YANG SERIUS



Elemen Model ADAB


JEMPUTAN KE WEBINAR REFRESHER SERIES WITH COLLABORATIVE GROUP (CG), CIDL

JEMPUTAN KE WEBINAR REFRESHER SERIES WITH COLLABORATIVE GROUP (CG), CIDL

 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 

2. Adalah dimaklumkan, Centre for Innovative Delivery and Learning Development (CIDL) akan mengadakan webinar Refresher Series with Collaborative Group (CG) seperti ketetapan yang berikut:

21 April 2025 (Isnin)

Pautan Google Meet

09:00 - 10:00 pagi

Introduction to CIDL

  • Profesor Madya Dr Zainuddin Ibrahim

https://meet.google.com/ytg-uzhb-kah 

10:30 - 11:30 pagi

CG A.D.A.B

  • Profesor Madya Dr Norhapizah Mohd Burhan

  • Moderator: Ahli CG A.D.A.B

https://meet.google.com/wez-yfvv-ryf

22 April 2025 (Selasa)


10:00 - 11:00 pagi

CG Artificial Intelligence

  • Dr Azliza Mohd Ali  

  • Moderator: Ahli CG  AI

https://meet.google.com/qcv-pqpn-mvn

23 April 2025 (Rabu)


11:00 - 12:00 pagi 

CG Big Data Analytics

  • Profesor Madya Dr Norshahida Shaadan

  • Moderator: Ahli CG Big Data Analytics

https://meet.google.com/kjc-ruce-bxk

02:00 - 03:00 petang

CG Collaborative Teaching

  • Dr Muhamad Izzat Rahim

  • Moderator: Ahli CG Collaborative Teaching

https://meet.google.com/oks-yxig-nou

03.15 - 04:15 petang

CG Virtual Reality

  • En. Mohd Hisham Johari

  • Moderator: Ahli CG Virtual Reality

https://meet.google.com/dne-fkrq-zrm

24 April 2025 (Khamis)


11:00 - 12:00 tengahari

CG Internet of Things

  • Profesor Madya Dr Zulkifli


02:00 - 03:00 petang

CG Global Learning

  • En. Oswald Timothy Edward

  • Moderator: Ahli CG Global Learning

https://meet.google.com/ury-uehc-woo

25 April 2025 (Jumaat)


09:00 - 10:00 pagi

CG Gamification

  • Dr Prasanna Ramakrisnan

  • Moderator: Ahli CG Gamification

https://meet.google.com/her-wiwp-zhg

10:00 - 11:00 pagi

CG Virtual Learning

  • Ts. Siti Fatahiyah Mahamood

  • Moderator: Ahli CG Virtual Learning

https://meet.google.com/exs-njmn-wgh

11:00 - 12:00 tengahari

CG 360 Video Based-learning

  • Pn. Dianna Suzieanna Mohamad Shah

  • Moderator: Ahli CG 360 Video Based-learning

https://meet.google.com/hmz-mmqh-ewb

03:00 -  04:00 petang

CG Makerspace

  • Dr Siti Azma Jusoh

  • Moderator: Ahli CG Makerspace

https://meet.google.com/yjo-ycck-gnc




3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke siri webinar ini. 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

19 April 2025

D-Days +21 - (19 April 2025) - Jumpa Dr Ghazali dan kunjungan First Batch Memanah Jaha dan Ejat dan Mantan YDP PERSIDA Saudara Izram.









D-Days +21 - (19 April 2025) - Jumpa Dr Ghazali dan kunjungan First Batch Memanah Jaha dan Ejat dan Mantan YDP PERSIDA Saudara Izram.

(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Sebelah pagi. Jumpa Dr Ghazali untuk tujuan:-
1. Terima kasih kerana “paksa” saya masuk hospital
2. ⁠Ambil ubat yang dah habis 
3. ⁠mengadu keletihan melampau

Hasilnya:-
1. Kadang kena guna guts feeling. Bacaan blood culture pemeriksaan darah menjurus kepada jangkitan kuman
2. ⁠Guna ubat lain yang setara. Nanti saya kena tunjuk dengan Doktor UIA
3. ⁠Biasa. Ambil masa at least sebulan. Dia sarankan makan banyak antioksid dan buat latihan pernafasan 3 kali sehari sebanyak 10 set

Bila budak Ejat, Jaha dan Izram datang ziarah, memang tak kering gusi. Sebelah petang ada terasa keletihan. Belum cukup fit lagi. Aku redho, nak pulih 100% akan ambil masa.

18 April 2025

D-Days +20 - (18 April 2025) - Kunjungan Ziarah Rasmi Fakulti dan Col. Esah & Maj. Fatimah datang ziarah.

D-Days +20 - (18 April 2025) - Kunjungan Ziarah Rasmi Fakulti dan Col. Esah & Maj. Fatimah datang ziarah.

(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru).

Keperihatinan yang ditunjukkan ahli fakulti adalah amat menakjubkan. Terima kasih kerana hadir dan membawa rezeki ke teratak sewa kami sekeluarga.

Kemudian, dalam kesibukkan jadual mereka, Col. Esah & Maj. Fatimah datang melawat. Allahu Akbar, saya berdoa ingin jadi fit seperti mereka pada usia mereka. 

Semoga Allah memudahkan urusan semua rakan-rakanku ini.







17 April 2025

D-Days +17 hingga 19 - (15-17 April 2025) - Keletihan turun dan naik


D-Days +17 hingga 19 - (15-17 April 2025) - Keletihan turun dan naik

(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru).

Ada hari yang ok, ada hari yang sangat letih. Cuba untuk memandu di dalam kampus setelah sekian lama. Syukur, boleh. Cuba untuk catch up dengan kelas yang bakal masuk. Bantu rakan dengan menyediakan material pengajaran. 

14 April 2025

D-Days +16 - (14 April 2025) - First day di Office

D-Days +16 - (14 April 2025) - First day di Office

(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Doktor tidak menyambung MC, tetapi beliau memberi surat untuk bekerja secara ringan.

Ita drivekan ke tempat kerja. Masih belum boleh drive. Ada pening-pening sikit. 

Kemas-kemas sikit meja, scan dokumen-dokumen medical, dan check email yang dah beribu. Maklumlah dah lebih sebulan tak masuk office.

Semua berjalan lancar sehingga waktu tengahari. Terasa amat letih. Ambil keputusan untuk berehat.




Lambat lagi

Timeline

D-Days (0) 29 Mac 2025 - Discaj
D-Days (+1) 29 Mac 2025 - Discaj

13 April 2025

D-Days +15 - (13 April 2025) Hari penuh kejutan. Che Wan & Rakan seperjuangan CSU Australia










D-Days +15 - (13 April 2025) Hari penuh kejutan. Che Wan & Rakan seperjuangan CSU Australia
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Pagi hari dapat kejutan Che Wan tanya rumah kat mana. Tiba-tiba kata dah sampai. Allahuakbar. Terima kasih Che Wan datang Ziarah. Sanggup datang ride ke Jengka ni.

Nak masuk tengahari telefon berbunyi. Tak sempat angkat. Rupanya Kak Conah, Kak Dira, Ecah, Kak Min, Sarina dan Suami, Kak Affa, GJ dan Khairul buat Video call. Bertambah-tambah seronoklah hari ni. 

Individu-individu yang saya nyatakan di atas adalah bahagian penting dalam kehidupan saya. Mana tidaknya, dari Trolak ke Wagga Wagga Australia, 3 tahun 6 bulan. Suka duka, manis dan pahit kami bersama-sama “Survive” di negara orang.

Petang - Qado tidur. Cukupkan defisit tidur malam tadi sebab sakit salah bantal. Sekarang ni bab ni saya berkira. Tidur kena cukup. 

Sebab apa kena berkira? Sebab bila sakit, kita sendirilah yang kena tanggung. Impaknya pada family lah. Anak terpaksa ponteng sekolah, dapur tak berasap.

12 April 2025

D-Days +14 - (12 April 2025) Travelling fatigue berkurang, singgah ke Padang sebentar

D-Days +14 - (12 April 2025) Travelling fatigue berkurang, singgah ke Padang sebentar
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Keletihan travelling dah berkurang. Hari ni ada pot luck raya. Parents dan pemanah ajak singgah walaupun sebentar. 

Saya dengan rendah hati nak ucapkan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan menganjurkan sambutan raya ni.

Seronok dapat tgk anak2 ceria semuanya

Petangnya Keluarga Putra datang ziarah.