Bila pelajar balik cuti mid-semester, pensyarah biasanya guna ruang singkat itu untuk “reset” dan kemaskan perjalanan kursus. Hakikatnya, semester masih berjalan dan banyak benda perlu terus bergerak.
- Marking & maklum balas cepat: semak kuiz/ujian 1/tugasan awal, bagi feedback, kemas kini markah dalam sistem, dan kenal pasti pelajar yang mula ketinggalan. Yang penting dengan tenang tanpa gangguan!
- Semak progres kursus: tengok sama ada topik ikut perancangan, semak keberkesanan PdP setakat ini, dan buat pelarasan (contoh: tambah latihan, ubah strategi tutorial).
- Sedia bahan untuk separuh semester seterusnya: siapkan slide/nota, tutorial, set soalan latihan, kes/mini projek, dan bahan e-learning (LMS, video ringkas, kuiz).
- Rancang penilaian seterusnya: finalize tarikh dan format ujian 2/pembentangan/assignment besar, semak rubrik yang telah ditetapkan, dan susun jadual konsultasi.
- Hubungi pelajar yang perlukan intervensi: sesi konsultasi, bimbingan akademik, atau follow-up isu kehadiran/prestasi.
- Kerja pentadbiran berkaitan kelas: urusan jadual/gantian kelas, dokumentasi OBE (jika perlu).
- Penyelidikan & penyeliaan (slot kecil): semak draf pelajar penyelidikan, kemas kini data/analisis, biasanya dalam skala lebih ringan.
- Mesyuarat bersama pelajar2 Phd dan collaborator antarabangsa
- Follow up dengan pemain industri untuk projek 2026. Insha Allah, Grant Industri, Kajian, penulisan dan pertandingan inovasi
- Rehat & “recharge”: ramai pensyarah juga ambil 1–2 hari untuk pulih tenaga supaya momentum mengajar lepas cuti lebih baik.
- Untuk aku, cuti ini adalah untuk rawatan dan check up yang telah dijadualkan. 3 hari berkampung di Kuantan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan