Artikel ringkas ini saya perolehi
daripada Internet. Sebahagian kandungannya telah diubah untuk disesuaikan
dengan suasana di tempat kerja kita. Petua berikut boleh diamalkan untuk
mengurangkan keletihan ketika bekerja:
1.
Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan
Kita harus positif terhadap kerja
yang kita lakukan. Yang lebih penting kita sedar bahawa tugas yang kita lakukan
ini adalah ibadah yang akan dibalas pahala oleh Allah. Ketika bekerja, kita haruslah
ikhlas dan menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.
2. Bersantai
Sejenak
Bagi pensyarah, gunakan waktu rehat
antara waktu mengajar untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas
dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan
ketika mengajar.
Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.
Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.
3.
Nikmati humor dan ketawa:
Berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram disebabkan keletihan.
4.
Bekerja secara sistematik:
Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Saya mengamalkan jadual waktu ‘task’, dimana saya akan menyenaraikan kerja yang ingin dilakukan bagi jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Saya tidak tentukan masa untuk kerja-kerja tersebut. Saya percaya kepada ‘time flexible’ iaitu saya tidak terikat kepada masa dan cuba menyiapkan tugas harian pada hari yang sama, tugas mingguan pada minggu yang sama dan seterusnya. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dan tertekan dalam membuat pekerjaan.
5.
Banyak minum air mineral:
Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Jika kita lihat anak-anak kaum tionghua di sekolah, mereka akan membawa botol air 1.5 liter yang akan mereka habiskan dalam satu sessi persekolahan. Begitu juga pelajar-pelajar Universiti di Australia. Air mineral adalah sesuatu yang penting untuk dibawa kedalam dewan peperiksaan. Bagi masyarakat kita, kebanyakan mereka hanya minum teh, waktu pagi, teh-o-ais makan tengahari, kopi minum petang dan fresh orange ketika makan malam. Kita harus mengubah rutin ini dan mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Apabila darah lancar, kita akan merasa cergas dan sihat.
6.
Lakukan aktiviti fizik:
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Aktiviti ini akan dapat menyegarkan tubuh badan kita dan akan dapat mengurangkan keletihan.
SEMOGA
BERJAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan