8 golongan tersebut ialah:
- Fakir – Sangat miskin, tidak mempunyai harta atau pendapatan yang mencukupi untuk keperluan asas.
- Miskin – Mempunyai sedikit pendapatan, namun masih tidak mencukupi untuk keperluan hidup.
- Amil – Individu yang dilantik untuk mengurus, mengutip, dan mengagihkan zakat.
- Muallaf – Orang yang baru memeluk Islam atau yang hatinya perlu didekatkan kepada Islam.
- Riqab – Hamba atau individu yang ingin membebaskan diri daripada perhambaan.
- Gharimin – Orang berhutang untuk keperluan yang diharuskan syarak dan tidak mampu melunaskannya.
- Fisabilillah – Mereka yang berjuang di jalan Allah untuk menegakkan agama.
- Ibn Sabil – Musafir atau pengembara yang kehabisan bekalan dalam perjalanan.
Dimaklumkan bahawa zakat yang dikumpulkan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Terdapat 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat seperti yang dinyatakan dalam Surah At-Taubah ayat 60:
"Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, orang yang dijinakkan hatinya, untuk (memerdekakan) hamba, untuk orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah At-Taubah: 60)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan