Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Majlis Sukan Pahang Bilangan 1/2026 telah diadakan pada 3 Julai 2026, jam 3.00 petang, bertempat di Bilik Seminar Majlis Sukan Pahang.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Rose Shamsul bin Abdul Razak dan membincangkan beberapa agenda utama berkaitan hal teknikal dan pertandingan, termasuk pengesahan minit mesyuarat terdahulu, perkara-perkara berbangkit, pembentangan kertas, hal-hal lain serta penangguhan mesyuarat.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perkara berkaitan pergerakan dan persiapan kontinjen Pahang bagi menghadapi SUKMA dan Para SUKMA, merangkumi aspek penyelarasan teknikal, keperluan pertandingan, persediaan atlet, peranan pegawai serta kelancaran pengurusan pasukan. Perbincangan ini penting bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan selaras dengan hala tuju pembangunan sukan negeri Pahang.
Turut hadir adalah YH. Dato’ Rose Samsul Bin Abdul Razak, DIMP., AAP., AMP., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Prof Madya Dr. Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad, Presiden Persatuan Memanah Negeri Pahang, Encik Jalaluddin bin Ismail, Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Mohd Aznorizamin Bin Ismail, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Encik Zaidy Bin Mohd Yunus, SSM Gambang / Pahang
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara ahli jawatankuasa, agensi berkaitan dan pihak pengurusan sukan bagi memastikan persediaan Pahang ke arah penyertaan SUKMA dan Para SUKMA berjalan lancar serta memberi impak positif kepada prestasi atlet negeri.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan