Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah menyampaikan sumbangan kepada waris Allahyarham En. Zamri di FELDA Bukit Goh sebagai tanda keprihatinan dan solidariti warga fakulti terhadap keluarga beliau.
Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga serta menjadi lambang ukhuwah dan kasih sayang sesama warga komuniti.
Al-Fatihah buat Allahyarham En. Zamri.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan