02 April 2025

D-Day +4 - Kak Zu, Fiza, Rahmat, Awang dan Cang Ziarah

D-Days +4 - (2 April 2025) Kak Zu, Fiza, Rahmat, Awang dan Cang Ziarah
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Hari dimulakan dengan menemani Wife beli barang dapur. Duduk dalam kereta sahaja, tak keluar!  Terjumpa YB Polis bantuan kita. Rupanya dia juga warded sebelum ni.

Kak Zu dan Mak Lang datang ziarah. Seronok bila tengak Kak Zu dah sihat dan Mak Lang pun dah makin ceria. 

Selepas tu Fiza Soid dan Rahmat, Alumni Biaccs menyusul. Sedih dengar cerita macamana Jibeng pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Kemudian sahabat Trolakku (Blood Brothers) Najmi aka Awang datang ziarah. Sangat terharu, dalam kesibukkan dan raya, masih ambil masa untuk datang berjumpa.

Hari ni ditutup dengan kehadiran anak buah yang selalu bersama ketika susah dan senang, Ahmad Firdaus Aka Cang. Seronok bila dapat jumpa baby baru.

Taraf kesihatan - OK
Oksigen level - 94%
Keletihan - Terasa sangat









Tiada ulasan:

Catat Ulasan