04 April 2025

D-Days +6 - (4 April 2025) Sehari bersama family dan petangnya Timbalan Rektor PJI datang ziarah.





D-Days +6 - (4 April 2025) Sehari bersama family dan petangnya Timbalan Rektor PJI datang ziarah. (Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Kesilapan hari ini ialah, keluar ikut adik beradik beli breakfast tak pakai mask. Geram dengan diri sendiri sebab berasa sihat, sedangkan kita tu belum 100% sihat. Mulalah rasa lemau dan tidak sihat semula. Allahuakbar, semoga kesihatan kembali.

Family dah nak balik. Sedih pulak rasanya. Apa pun, terima kasih datang dua kali (Sekali kat Wad 206 IIUM). 

Hari ni ditutup dengan kehadiran Timbalan Rektor PJI, Prof Dr Wan Nazri. 

Taraf kesihatan - Ok 
Oksigen level - 93%
Keletihan - Ok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan