03 April 2025

D-Days +5 - (3 April 2025) Krishnan, Azizan Barebow, Nasa Biaccs, Azmeer, Mukhriz, Didi dan Azri datang Ziarah

D-Days +5 - (3 April 2025) Krishnan, Azizan Barebow, Nasa Biaccs, Azmeer, Mukhriz, Didi dan Azri datang Ziarah. (Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Pagi-pagi saya dikejutkan dengan message yang Krishnan on the way nak ke Jengka. Ya Allah seronoknya! Lama tak jumpa Krishnan. Rupanya dia tak tahu yang saya sakit. Sama jugalah, saya tak tahu yang dia juga ada accident motor. Seronok bila anak sulong boleh bersembang dan berposing dengan kereta kawan baik aku ni.

Pada waktu yang sama, adik arwah pakcik juga tiba dari Jerantut. Macam-macam update memanah. Yang bestnya ada anak buah memanah, anaknya dah mula memanah ditempat beliau.

Selepas makan tengahari, Nasa ex Biaccs tiba. Ya Allah besar panjang dah anak-anak dia, dan membuatkan aku berasa pencen dah memanggil-manggil hehehehe.
 
Tetamu yang oleh dikatakan ada melawat aku dimana-mana, samada di Jengka, Shah Alam, Klang dan juga Perth, Australia, Azmeer datang. Seronok tak dapat nak habaq bila rakan sepejuang memanahku Mukhriz join sekaki.

Hari ni ditutup dengan kehadiran adik beradik, Azri dan Azdi. Best dapat berjumpa anak-anak sedara.

Taraf kesihatan - Boleh la
Oksigen level - 91% merosot dari 94%
Keletihan - Terasa sangat













Tiada ulasan:

Catat Ulasan