D-Days +15 - (13 April 2025) Hari penuh kejutan. Che Wan & Rakan seperjuangan CSU Australia
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)
Pagi hari dapat kejutan Che Wan tanya rumah kat mana. Tiba-tiba kata dah sampai. Allahuakbar. Terima kasih Che Wan datang Ziarah. Sanggup datang ride ke Jengka ni.
Nak masuk tengahari telefon berbunyi. Tak sempat angkat. Rupanya Kak Conah, Kak Dira, Ecah, Kak Min, Sarina dan Suami, Kak Affa, GJ dan Khairul buat Video call. Bertambah-tambah seronoklah hari ni.
Individu-individu yang saya nyatakan di atas adalah bahagian penting dalam kehidupan saya. Mana tidaknya, dari Trolak ke Wagga Wagga Australia, 3 tahun 6 bulan. Suka duka, manis dan pahit kami bersama-sama “Survive” di negara orang.
Petang - Qado tidur. Cukupkan defisit tidur malam tadi sebab sakit salah bantal. Sekarang ni bab ni saya berkira. Tidur kena cukup.
Sebab apa kena berkira? Sebab bila sakit, kita sendirilah yang kena tanggung. Impaknya pada family lah. Anak terpaksa ponteng sekolah, dapur tak berasap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan