29 Mac 2025

2025 03 29 D-Days +0 Discaj

2025 03 29 D-Days +0 Discaj - 21 hari! Cukup lama dan banyak kenangan. Bersama Dr, Nurse, pegawai, pemandu ambulance, rakan yang sentiasa datang melawat dan alumni PERSIDA dan Biacc yang datang melawat.















28 Mac 2025

28/3/25 D-Days (Minus 1) - Hari Terakhir, almost there!









Throwback 28/3/25 D-Days (Minus 1) - Hari Terakhir, almost there!
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Hari-hari terakhir bersama staf-staf perubatan yang ‘Amazing’. Jasa kalian tak akan kami lupa. Pada kesemua Doktor pakar yang terlibat dimulakan dengan Dr Nurul Fatihah Mohd Alis (Klinik Primameedik), Dr Ghazali Yusof (Klinik Ghazali), terutamanya Asst Prof Dr Muhammad Naimmuddin Abdul Azih, Asst Prof Dr Wan Irfan Wan Mustapha, Asst Prof Dr Nazhan Afeef Mohd Ariff, Dr Rasimah Ismail, Dr Raja Azmi Raja Ibrahim, Dr Aidi Aswadi Halim Lim, Dr Suzanne Lo Shushan, Dr Tan Shang Ze, Dr Amal, Dr Azmi, Dr Aizat dan En Huzaifah Abdullah Yusuf. Jasa kalian tak terbalas. Semoga Allah membalasnya.

21 hari ini sangat-sangat menginsafkan. Sesungguhnya nikmat sihat adalah dari Allah. Nikmat bebas juga darinya. Dan ketika inilah ramai rakan-rakan yang hadir dan berdoa supaya kita ni cepat sembuh. Yang paling tersentuh ialah rakan-rakan yang datang dari jauh sanggup meluangkan masa.

Semoga proses pemulihan dirumah diteruskan dengan jayanya.

27 Mac 2025

27/3/25 D-Days (Minus 2) - Buat tapak baru yang terakhir dan mula boleh makan









Throwback 27/3/25 D-Days (Minus 2) - Buat tapak baru yang terakhir dan mula boleh makan
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)

Terima kasih kepada YB Tuan Fadzli dan MSP yang meluangkan masa datang ziarah. Saya berasa amat bertuah dan berterima kasih.

















Tapak lama dah sangat menyakitkan. Mujur ada Doktor pagi ni. Buat tapak baru. Alhamdullilah, lauk berbuka MSP ada lagi. Boleh la buat rasa-rasa.

Sebelah petangnya saudaraku Fuazi dan Elley tiba. Seronok bersembang hal-hal getir ketika di Australia. Hehehe