Throwback 28/3/25 D-Days (Minus 1) - Hari Terakhir, almost there!
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)
Hari-hari terakhir bersama staf-staf perubatan yang ‘Amazing’. Jasa kalian tak akan kami lupa. Pada kesemua Doktor pakar yang terlibat dimulakan dengan Dr Nurul Fatihah Mohd Alis (Klinik Primameedik), Dr Ghazali Yusof (Klinik Ghazali), terutamanya Asst Prof Dr Muhammad Naimmuddin Abdul Azih, Asst Prof Dr Wan Irfan Wan Mustapha, Asst Prof Dr Nazhan Afeef Mohd Ariff, Dr Rasimah Ismail, Dr Raja Azmi Raja Ibrahim, Dr Aidi Aswadi Halim Lim, Dr Suzanne Lo Shushan, Dr Tan Shang Ze, Dr Amal, Dr Azmi, Dr Aizat dan En Huzaifah Abdullah Yusuf. Jasa kalian tak terbalas. Semoga Allah membalasnya.
21 hari ini sangat-sangat menginsafkan. Sesungguhnya nikmat sihat adalah dari Allah. Nikmat bebas juga darinya. Dan ketika inilah ramai rakan-rakan yang hadir dan berdoa supaya kita ni cepat sembuh. Yang paling tersentuh ialah rakan-rakan yang datang dari jauh sanggup meluangkan masa.
Semoga proses pemulihan dirumah diteruskan dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan