22 Mac 2025

22/3/25 D-Days (Minus 7) - Rakan seperjuangan datang ziarah





Throwback 22/3/25 D-Days (Minus 7) - Rakan seperjuangan datang ziarah

(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru).

Dalam proses rawatan yang boleh tahan mencabar kesakitan memang tak dapat dipisahkan. Ramai tanya apa yang sakit? Pertama kesakitan di tempat tebuk gerak sikit rasa sakit level 3 hingga 4 per sepuluh. Kedua, kesakitan dalaman akibat tindak balas ubat yang dimasukkan ke dalam paru-paru.

Doktor Naim akan datang setiap hari bertanya khabar dan memberi semangat dan tips-tips.

Sebelah petang En Mokhtar, Kak Ecah, Norlaily, Iliya dan En Irwan datang melawat. Lawatan rakan-rakan ini memberi semangat dan membawa berkat.

Secara tidak langsung, kedatangan sedara mara dan rakan-rakan sedikit demi sedikit membawa sakit pergi.  Begitulah sunnah Nabi, yang menjadikan melawat orang sakit itu sesuatu yang digalakkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan