Throwback 24/3/25 D-Days (Minus 5) - Uruskan kereta rosak dan kedatangan Am & Cak On
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru).
Sedikit Deep. Ketika tertanya-tanya kenapa Allah ujian sakit dalam bulan Ramadhan ni, tiba-tiba dapat ni. Allah Allah Allah.
Allah! Dugaan betul. Kereta pulak buat hal. Mujur dibantu oleh Suami Odah dan Zaini.
Masuk tengahari aku dihiburkan oleh kedatangan Izram, Mantan YDP PERSIDA dan Cak On.
* 8 hari dah tak demam
* Dah ada selera makan, tapi roti still rasa pahit
* Kereta rosak hehehe dugaan tambahan
* cecair dah bawah 200ml sehari
* ubat-ubatan masih mamai.
* Oksigen dah improve 96-98, namun tanpa alat bantuan masih bawah 95
* Malam tadi guna tilam angin utk kurangkan kudis2 atas badan
* Saya hilang banyak lemak dan muscle, akibatnya berlaku kekejangan sekali sekala
* Ita pulak dah mula sakit, migrain dan ulser. Tugas diambil alih oleh sekecik dan Darwisy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan