(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru)
* 9 hari dah tak demam
* 17 hari dah warded
* cecair yg keluar sedikit
* Bersihkan bahagian tebuk, beranikan diri snap gbr
* ubat-ubatan masih memamai. 🤣, first time dapat tidur 5 jam direct tanpa sedar
* Oksigen sekitar 98, tanpa alat bantuan sekitar 95
* Gatal makin kurang
* Fisio buat senaman paru2, berdiri dan berjalan
Hari ini dimulakan dengan fisio. Dr Naim minta saya banyak berjalan dan tidak kehilangan lagi muscle kalau asyik baring sahaja. Hari ni wakil MPP dan JPK datang melawat. Paling seronok tatkala abg Mazlan datang. Tak kering gusi. Diikuti oleh En Ramil ex OUM, dan anak buah memanah. Sebelah malamnya Alime datang. Best dengar cerita kerja dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan