Throwback 21/3/25 D-Days (Minus 8) - Lawatan bos-bos MSP dan UiTM
(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru).
Paginya saya disantuni pasukan CRM IIUM Medical Specialist yang datang untuk mengetahui wellbeing saya di wad. Kemudiannya my Blood Brother, Ir Hj Kamarul datang menjenguk sebelum cuti raya.
Saya berasa amat bertuah dihari Jumaat yang penuh barkah dan mulia ini saya dikunjungi oleh bos-bos MSP dan UiTM. Terima kasih kepada Majlis Sukan Pahang yang diketuai oleh En Zamri dan terima kasih kepada UiTM Cawangan Pahang yang diwakili oleh Rektor, Prof Dr Azhan Hashim.
Terima kasih kerana sudi menziarahi saya dan ianya memberi semangat untuk terus sembuh untuk terus menabur bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara!
Semalam rawatan yang paling best
* ubat tahan sakit paling kuat
* mamai sepanjang malam
* tapi tangan kiri liar, sampai terbuka tiub belakang tu. kelam kabut nurse contact Dr pukul 3 pagi
Lagi 200ml air keluar dari paru2 kiri bawah, tapi sikit jer dari paru2 kiri atas. Total dah 1 liter sepanjang rawatan yang berkos RM15K ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan