20 Mac 2025

Throwback 20/3/25 D-Days (Minus 9) - Hari yang penuh menyakitkan




Throwback 20/3/25 D-Days (Minus 9) - Hari yang penuh menyakitkan.

(Maksud D-Days ialah hari-hari sebelum dan selepas Discaj pada 29/3/25 dari Wad selepas 21 hari menjalani rawatan jangkitan paru-paru).

Malam tadi rawatan lebih paling seksa:-
* berasa macam orang cucuk dengan pisau kat peha dan perut
* ⁠berasa Panas, sejuk, sakit, semua ada
* Tengahari 2 botol tahan sakit diberi
* Morphine 2 das
* 250liter air keluar dari paru-paru

Tenghari Halil datang - menangis saya (mamai ubat). Lama tak jumpa dan try nak catch up dengan perkembangan terkini. Sekadar yang mampu sahaja lah.

Selepas tu Dato Rosli dan Darin JJ datang. Takku sangka. Terima kasih datang ziarah. Semoga Allah murahkan rezeki kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan