21 Oktober 2025

LDK Minggu 3

LDK
Lampu Merah Integriti

Objektif
Membezakan tindakan berintegriti vs tidak berintegriti dalam dilema harian

Masa
  • 45 minit (Icebreaker 10 minit, Perbincangan 20 minit, Refleksi dalam kumpulan 15 minit)
  • Jurulatih diminta untuk hanya 45 minit diberikan.

Bahan
4 kad zon (ditulis atas kertas A4) sama ada [Setuju / Tidak Setuju / Ragu / Bergantung] - Setiap kumpulan akan huraikan.

Langkah

1. Setiap kumpulan baca 10 dilema berikut dan pilih satu (Berlainan setiap kumpulan). Ketua kumpulan akan berunding sesama mereka (Dipantau oleh jurulatih):
  1. Ambil guna aset pejabat untuk urusan peribadi
  2. Menerima hadiah kecil daripada pembekal
  3. Tuntut elaun perjalanan lebih daripada jarak sebenar kerana ‘memang semua orang buat’
  4. Memberi kelebihan kepada rakan/saudara dalam proses tender kerana ‘dia boleh dipercayai’
  5. Salin perenggan laporan/jurnal tanpa rujukan kerana ‘masa tak cukup dan ini maklumat umum’
  6. Ubah masa kehadiran (punch in/out) atau minta rakan tandatangan hadir bagi pihak kita
  7. Kongsi dokumen dalaman/sulit (contoh: sebut harga pesaing, keputusan penilaian) dalam kumpulan WhatsApp luar kerana ‘nak bantu kawan’
  8. Terima ‘diskaun khas’/hadiah selepas meluluskan pesanan daripada pembekal sebagai tanda terima kasih
  9. Padam komen negatif/aduan dalam laporan atau media sosial rasmi untuk jaga imej jabatan
  10. Guna pelajar/staf bawahan untuk urusan peribadi (ambil barang, hantar anak) dengan alasan ‘kerja sekejap saja’.

2. Ahli kumpulan mulakan zon pilihan dan beri hujah. Zon pilihan (Setuju / Tidak Setuju / Ragu / Bergantung). Setiap kumpulan akan buat pembentangan

3. Fasilitator kaitkan dengan berikut sewaktu pembentangan
  • maksud integriti & etika. 
  • Apa prinsip yang setiap kumpulan gunakan?
  • Bagaimana “tiada siapa melihat” mempengaruhi keputusan? 
  • dan lain-lain yang berkaitan

Hasil Akhir
Pelajar faham "Tindakan Betul” yang sepatutnya dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan