04 November 2025

LDK 2 - Tajuk: “Kita Pun Boleh Jadi Agen Antirasuah” – Reka Kempen Antirasuah IPT/Sekolah

Tema modul
  • Strategi Pendidikan Masyarakat SPRM – ceramah, WAR, KIAR, Kios Jujur, media sosial, MACC.fm, Hari Antirasuah Antarabangsa, Angkatan Mahasiswa Antirasuah, dsb.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir aktiviti, pelajar boleh:

  1. Mengenal pasti bentuk program pendidikan antirasuah yang telah dijalankan oleh SPRM.
  2. Mereka bentuk satu mini-kempen antirasuah yang sesuai di kampus / sekolah.
  3. Menghubungkan nilai integriti dengan tindakan praktikal dalam kehidupan seharian pelajar.
Masa± 30 minit

Bahan
  • Kertas A4
  • Pen berwarna
  • (Opsyen) Telefon pelajar untuk cari contoh poster dan lain-lain yang berkaitan

Langkah Aktiviti & Masa

1. Pencetus Idea (5 minit)

Pelajar caru rujukan beberapa inisiatif SPRM:

  • WAR – Wira Antirasuah untuk murid sekolah.
  • Kios/Kedai Jujur – murid bayar sendiri tanpa diawasi, latih integriti.
  • MACC.fm, media sosial SPRM, pertandingan PUBG/FIFA, dikir barat, dondang sayang antirasuah.
  • Kursus KIAR di IPT – jadi kursus wajib untuk bentuk generasi berintegriti.

Fikirkan:

“Kalau di Cawangan Pahang, apa bentuk kempen antirasuah yang pelajar sendiri akan suka dan sanggup sertai?”


2. Kerja Kumpulan – Reka Kempen (18–20 minit)

Setiap kumpulan reka 1 mini-kempen antirasuah untuk pelajar, mesti ada:

  1. Nama program / tagline

    • Contoh: “Jujur Tanpa Kamera”, “Zero Rasuah, Zero Malu”, “Integriti Gaya Kita”.

  2. Sasaran & lokasi

    • Contoh: Pelajar diploma tahun 1, semua pelajar asrama, kelab/persatuan.

  3. Aktiviti utama (realistik)  1–2 aktiviti sahaja, contohnya:

    • “Kedai Jujur Mini” di surau/asrama.
    • Pertandingan video pendek TikTok “Saya Tolak Rasuah”.
    • Kuiz online tentang rasuah & integriti antara kelas.
    • Sesi forum dengan wakil SPRM / Jabatan Audit Negara / Unit Integriti IPT.
  4. Elemen pembelajaran

    • Apa mesej utama tentang rasuah & integriti yang pelajar akan bawa balik?

  5. Peranan pelajar sendiri

    • Contoh: Angkatan Mahasiswa Antirasuah di IPT, jawatankuasa program, sukarelawan WAR versi kampus.

Pelajar lukis secara ringkas bentuk poster/program mereka di kertas A4


3. Pitch 1 Minit & Refleksi (5–7 minit)

  • Setiap kumpulan bentang “pitch” 1 minit seolah-olah memohon kelulusan pengurusan IPT.

  • Fasilitator tanya 1–2 soalan:

    • “Bagaimana program ini boleh kurangkan ruang rasuah kecil dalam kehidupan seharian pelajar (contoh: menipu kehadiran, meniru, ‘tolong signkan’ dsb.)?”
    • “Apa cabaran nak laksanakan, dan bagaimana nak atasi?”

Output Akhir

  • 1 cadangan dari setiap kumpulan kempen/aktiviti yang boleh dikembangkan jadi projek sebenar (assignment / projek kursus KIAR).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan