-
Seksyen 17A Akta SPRM 2009 – kesalahan rasuah oleh organisasi komersial
- Siapa itu “organisasi komersial” dan “seseorang yang bersekutu”
- Elemen kesalahan: rasuah + tujuan untuk dapat/mengekalkan perniagaan/faedah
Di akhir LDK, pelajar boleh:
-
Menjelaskan secara ringkas apa maksud Seksyen 17A (kesalahan oleh organisasi komersial)
- Mengenal pasti empat elemen asas kesalahan di bawah Seksyen 17A dalam senario mudah
- Membezakan peranan individu (pegawai/pekerja) dan liabiliti syarikat.
-
Senario (3–4 situasi berlainan)
- Kertas A4 dan pen berwarna
- Nota Seksyen 17A (dari slaid).
-
Fasilitator tanya:
-
“Kalau staf beri rasuah untuk dapat projek, siapa salah? Individu saja atau syarikat pun boleh salah?”
-
-
Terangkan secara ringkas:
-
Seksyen 17A = organisasi komersial boleh dianggap melakukan kesalahan jika orang yang bersekutu (pengarah, rakan kongsi, pekerja, ejen) memberi suapan untuk mendapatkan / mengekalkan perniagaan atau faedah perniagaan bagi organisasi.
-
Termasuk syarikat di bawah Akta Syarikat 2016, perniagaan di bawah Akta Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad, dan syarikat luar negara yang berniaga di Malaysia.
-
-
Setiap kumpulan PILIH 1 senario:
-
Senario A: Seorang pengurus jualan syarikat XYZ Sdn. Bhd. memberi wang kepada pegawai pembelian sebuah GLC supaya syarikatnya dipilih untuk kontrak pembekalan.
-
Senario B: Seorang staf bawahan beri hadiah mahal atas kapasiti peribadi (tak guna nama syarikat) selepas tender gagal diperolehi.
-
Senario C: Ejen luar yang dilantik syarikat asing di Malaysia memberi komisen “bawah meja” kepada pegawai kerajaan untuk percepatkan kelulusan.
-
-
Dalam kumpulan, pelajar jawab di atas kertas A4 (boleh buat jadual):
-
Adakah ini “organisasi komersial”?
-
Ya / Tidak → Kenapa?
-
-
Siapa “seseorang yang bersekutu”?
-
Pengarah / rakan kongsi / pekerja / ejen?
-
-
Ada tak perbuatan rasuah?
-
Suapan diberi / ditawarkan / dijanjikan?
-
-
Apa tujuan rasuah?
-
Untuk dapat projek? mengekalkan pelanggan? dapat faedah lain untuk syarikat?
-
-
Adakah cukup syarat untuk dakwa di bawah Seksyen 17A?
-
Ya / Tidak → nyatakan sebab ringkas.
-
-
-
Fasilitator boleh bantu jelaskan fakta penting sambil mereka berbincang:
-
“Kalau ejen yang dilantik rasmi oleh syarikat – dia pun dikira ‘seseorang yang bersekutu’.”
-
“Kalau tiada niat untuk dapat/mengekalkan perniagaan/faedah, elemen Seksyen 17A mungkin tak lengkap.”
-
-
2–3 kumpulan bentang ringkas (2 minit setiap kumpulan).
-
Fasilitator betulkan mana yang tersalah dan tekankan:
-
Syarikat boleh didakwa walaupun yang beri rasuah itu individu.
-
Elemen utama:
-
Organisasi komersial,
- Seseorang yang bersekutu,
- Perbuatan memberi/menawar/menjanjikan suapan,
- Tujuan untuk mendapat atau mengekalkan perniagaan/faedah.
-
-
-
Satu kertas kerja analisis senario bagi setiap kumpulan → boleh dijadikan nota ringkas “elemen Seksyen 17A”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan