09 Oktober 2024

Aktiviti Minggu 1

 Melati
Kerana generasi muda adalah pemimpin masa depan. Apabila generasi muda di berikan pendidikan anti-rasuah, mereka tidak akan terdedah dengan gejala rasuah . Sebagai contoh pihak UiTM telah mewajibkan semua pelajar untuk mempelajari subjek Kiar . Dalam pada itu , mereka dapat menguatkan pengetahuan mereka tentang keburukan menerima rasuah dan justeru itu mereka dapat meneruskan amalan baik dan membawa perubahan positif dalam masyarakat. Kesimpulannya, pendekatan pendidikan rasuah dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan sekali gus dapat mengurangkan amalan rasuah pada masa akan datang

Power Rangers
Impak rasuah terhadap reputasi, peluang pekerjaan dan hubungan sosial adalah melahirkan individu yang tidak amanah dan gagal dalam pelaksanaan. Hal ini kerana amalan rasuah akan mengaburi mata hati seseorang ini akan yang akan membawa kepada kualiti pekerjaan terjejas. Contohnya, seperti menerima hadiah atau wang untuk mempengaruhi keputusan. Oleh itu, amalan rasuah haruslah dielakkan dalam masyarakat agar melahirkan individu yang berwibawa. 

Cara KIAR untuk membimbing individu yang mengamalkan amalan rasuah adalah dengan mengadakan kempen kesedaran tentang keburukan rasuah. Hal ini akan menyebabkan mereka menyedari bahawa amalan rasuah akan memberi impak yang amat buruk bukan pada diri sendiri malahan negara. Contohnya, universiti dalam Malaysia boleh mengadakan program anti rasuah agar remeja mempunyai ilmu pengetahuan tentang rasuah. Oleh itu, KIAR memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah rasuah.

Bunga
kesan negatif dalam individu yang terlibat dengan rasuah dalam aspek ekonomi ialah rasuah mengakibatkan  penyalahgunaan sumber, menghalang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kos perkhidmatan. Seterusnya, dari aspek integriti ialah kehilangan nilai moral dan etika, yang boleh merosakkan reputasi mereka. selain itu, dari aspek kejahatan dan ketidakadilan ialah memudahkan kegiatan jenayah dan menindas mereka yang tidak berkuasa, menjadikan sistem lebih tidak adil. seterusnya, dari segi sosial dikenali dengan label negatif, sukar dihapuskan dan jejaskan hubungan sosial.

Visionary
Kursus seperti KIAR ini dapat mengubah budaya organisasi di Malaysia dalam jangka masa yang panjang dengan mengurangkan kadar pengangguran graduasi. Malah mampu melahirkan generasi yang beretika tinggi daj berintegriti. Selain itu , pembangunan ekonomi negara menjadi semakin pesat dan mampu mengurangkan kadar inflasi yang berlaku. Seterusnya, pemerkasaan undang-undang juga semakin meningkat dengan adanya kesederan tentang rasuah dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali, penurunan kadar jenayah dalam negara seperti kawalan sempadan yang semakin ketat.

Tulips
Perbezaan dari segi akses dan kuasa sektor awam mempuanyai akses kpd sumber awam dan keputusan yg mempengaruhi masyarakat juga memberi peluang untuk penyalahgunaan kuasa . Manakala, bagi sektor swasta rasuah mungkin berfokus kpd hubungan perniagaan dan pengaruh dlm proses pengambilan keputusan dlm syarikat. 

KIAR dapat menangani rasuah tersebut ialah melalui  pendidikan menganjurkan sesi pendidikan tentang kesan rasuah dan cara mengenal pasti dan melaporkan nya. Selain itu, menggalakkan budaya integriti dalam organisasi dan memastikan semua memahami dan mematuhi prinsip tersebut.

AAMIESA
Antara impak rasuah terhadap individu yang terlibat dalam rasuah adalah menyebabkan reputasi rosak kerana individu yang terlibat dengan rasuah mempunyai peribadi yang tidak jujur , pecah amanah dan tidak beretika. 

Selain itu, impak rasuah terhadap peluang pekerjaan akan menjadi terhad. Hal ini kerana individu yang terlibat dalam rasuah sukar untuk mendapat peluang pekerjaan di masa hadapan. 

Seterusnya, dari segi aspek hubungan sosial pula, masyarakat sukar mencapai keharmonian kerana orang ramai cenderung untuk menjauhi individu yang terlibat dalam rasuah kerana bimbang reputasi mereka terjejas.

Bagi pendapat kami, KIAR mampu membimbing individu untuk mengelakkan situasi ini dengan memahami kesan negatif rasuah dan mengembangkan kemahiran untuk menolak rasuah.

KIAST
Kesan terhadap rasuah adalah melibatkan ketidakadilan terhadap politik sesebuah negara yang mengakibatkan berlakunya perubahan sistem politik dalam negara. Contohnya, akhbar mendakwa timbalan perdana menteri Malaysia pecah amanah Yayasan Akalbudi. Khursus KIAR ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberi pendedahan awal terhadap rasuah. Jadi , sebagai pelajar akan mengambil cakna tentang khursus ini dan sedikit sebanyak tengang rasuah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan