09 Oktober 2024

PENGISIAN ENTRANCE & EXIT SURVEY (EES) DI SISTEM UFUTURE BAGI SESI 1 2024/2025


PENGISIAN ENTRANCE & EXIT SURVEY (EES) DI SISTEM UFUTURE BAGI SESI 1 2024/2025 (SEMESTER OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025)(SESI 20244)

[ENTRANCE SURVEY: 07 OKTOBER - 03 NOVEMBER 2024 (PELAJAR DISARANKAN UNTUK MENGISI EES SEMASA PERJUMPAAN PERTAMA DENGAN PENSYARAH)]

Seperti mana tuan/puan sedia maklum, semua pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan Entrance dan Exit Survey (EES) bagi setiap subjek yang diambil pada setiap semester. EES ini adalah penting dalam usaha Universiti untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.  

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memperingatkan dan membantu pelajar masing-masing tentang TATACARA dan KEPENTINGAN mengisi survey ini terutamanya bagi rakan-rakan pensyarah yang mengajar pelajar-pelajar di SEMESTER 1 (DIPLOMA/DEGREE) yang baru masuk ke UiTM ini bagi mengelakkan mereka tersilap mengisi EES ini di awal dan di akhir semester nanti. Mohon pastikan bahawa:

1. Survey ini perlu dilengkapkan oleh pelajar semasa perjumpaan pertama (Entrance) dan terakhir (Exit) kuliah bersama pensyarah yang mengajar subjek tersebut.
2. Pastikan semua pelajar memahami setiap soalan sebelum menjawab soalan EES.
3. Memberi penerangan berkaitan skala penilaian yang terdapat didalam pilihan jawapan EES.
4. Memberi penekanan terhadap perbezaan penilaian Entrance dan Exit survey bagi memastikan tiada kekeliruan semasa proses penilaian.

Segala kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh tuan/puan semua adalah sangat-sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan