- Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan;
- Persediaan dari segi penerangan tugasan dan tajuk perlu dilakukan selewat-lewatnya pada minggu kelima (5) setiap semester;
- Tempoh masa diberikan kepada pelajar adalah 5 minggu dan akan dibentangkan pada kelas minggu ke 10;
- Tugasan ini lebih menjurus kepada kesalahan rasuah oleh individu yang terkenal dan berskala besar; contohnya:-
- Skandal Tehelka.com | Notes | Video |
- Kes rasuah Suharto | Notes | Video |
- Skandal rasuah Siemens | Notes | Video | Video |
- Kes rasuah Ferdinand Marcos | Notes | Video |
- Skandal rasuah Rolls Royce | Notes | Video |
- Skandal rasuah Airbus | Notes | Video |
- Bekas Perdana Menteri Bangladesh | Notes | Video |
- Kes rasuah Park Geun-Hye Presiden Korea Selatan | Notes | Video |
- Skandal rasuah Petrobras di Brazil | Notes | Video |
- Skandal rasuah melibatkan FIFA | Notes | Video |
- Aman Shah Si Pencuri 1 sen. | Notes | Video | Video Kisah Sebenar |
- Pembentangan perlu dilakukan semasa tempoh semester berlangsung;
- Pelajar perlu menyediakan pembentangan dan bahan pembentangan dengan menggunakan sebarang jenis medium pembentangan (slides, poster digital, video, talk show, forum, webinar, tik tok, youtube, video reaction dll);
- Sesalinan salinan lembut (softcopy) perlu diserahkan kepada tenaga pengajar;
CADANGAN LAPORAN (40%)
- Tajuk - Tajuk perlulah jelas dan menggambarkan keseluruhan pembentangan.
- Pengenalan - Menjelaskan secara ringkas berkaitan dengan tajuk/ tema kajian kes yang dibuat.
- Latar Belakang Kes - Menceritakan latar belakang kes kajian yang dibuat seperti siapa yang terlibat, di mana, bila kes tersebut berlaku dan beberapa maklumat asas berkaitan dengan kajian kes.
- Perbincangan - Faktor-faktor berlakunya kesalahan, Kesalahan yang dilakukan perlu dikaitkan dengan, akta/ undang-undang dan hukuman yang berkaitan, Implikasi kepada individu/ organisasi/ individu dan negara, Langkah mengatasi isu integriti dan rasuah, Pengajaran daripada kajian kes yang dibuat dan Rumusan kepada kajian kes yang telah dibuat
- Rujukan
- Pembahagian tugasan ahli kumpulan sertakan nama penuh dan nombor matrik pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan