05 Oktober 2024

Arahan Tugasan PEMBENTANGAN KAJIAN KES 2 - (40%) & LAPORAN (40%)

  1. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan;
  2. Persediaan dari segi penerangan tugasan dan tajuk perlu dilakukan selewat-lewatnya pada minggu kelima (5) setiap semester;
  3. Tempoh masa diberikan kepada pelajar adalah 5 minggu dan akan dibentangkan pada kelas minggu ke 10;
  4. Tema/ tajuk/ kes-kes rasuah berdasarkan sumber seperti petikan akhbar atau berita perdana dalam dan luar negara, contohnya:-
  • Kesalahan menerima rasuah
  • Kesalahan membuat tuntutan palsu (seksyen 18 Akta SPRM 2009
  • Kesalahan salah guna kedudukan (seksyen 23 Akta SPRM 2009)
  • Kesalahan pengubahan wang haram
  • Kesalahan pegawai awam menerima hadiah daripada mereka yang mempunyai urusan rasmi seksyen 165 Kanun Keseksaan
  • Kes yang melibatkan harta rasuah disita dan dilucuthak
  • Kesalahan memberi rasuah
  • Kesalahan jenayah rasuah oleh kumpulan profesional
  1. Pelajar perlu menghantar laporan; berkaitan dengan tema/ tajuk/ kes-kes rasuah yang diberikan;
  2. Sesalinan salinan lembut (softcopy) perlu diserahkan kepada tenaga pengajar.

CADANGAN LAPORAN (40%)
  1. Tajuk - Tajuk perlulah jelas dan menggambarkan keseluruhan pembentangan.
  2. Pengenalan - Menjelaskan secara ringkas berkaitan dengan tajuk/ tema kajian kes yang dibuat.
  3. Latar Belakang Kes - Menceritakan latar belakang kes kajian yang dibuat seperti siapa yang terlibat, di mana, bila kes tersebut berlaku dan beberapa maklumat asas berkaitan dengan kajian kes.
  4. Perbincangan - Faktor-faktor berlakunya kesalahan, Kesalahan yang dilakukan perlu dikaitkan dengan akta/ undang-undang dan hukuman yang berkaitan, Implikasi kepada individu/ organisasi/ individu dan negara, Langkah mengatasi isu integriti dan rasuah, Pengajaran daripada kajian kes yang dibuat & Rumusan kepada kajian kes yang telah dibuat
  5. Rujukan
  6. Pembahagian tugasan ahli kumpulan sertakan nama penuh dan nombor matrik pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan